BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 24 June 2011

mEnjadi ke SAFI BALQIS PERFECT 10????

p0mpuan memg pantang sikit ngan produk kecantikan ni, selagi kulit muke tak secerah dan seputih bedak sejuk, selagi tu nak try macam2 produk muka. memang dah jadi mind set owang kite yang kata putih tu cantek. tapi kalo omputeh nak pulak kulit gelap sampai sanggup berjemur tengari.

Safi Balqis Perfect 10 diformulasi dengan Nano Biowhite. sye saja buat entry pasal ni kut2 ade yang dah penah try boleh share testimoni kat sini. kut2 lah berkesan, nak gak cube heeee....



10 manfaat produk Safi Balqis Perfect 10 yang boleh didapati sekitar harga RM6.50 hingga RM25.90 :


1. Memudarkan pigmentasi
2. Menyamaratakan tona kulit
3. Melindungi dari sinar UV
4. Mencerahkan kulit
5. Melindungi dari radikal bebas
6. Meningkatkan keelastikan kulit
7. Menghidratkan kulit
8. Mengekalkan lembapan
9. Menghaluskan kulit
10. Melembutkan kulit

10 rangkaian produk SAFI BALQIS PERFECT 10:

1) Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit yang kusam serta tona yang tidak sekata membuat wajah kelihatan tidak bermaya. Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit.


2) Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. Pembersih Wajah Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca wajah mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.


3) Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 (100 g – RM11.40)
Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kini Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran di samping mencerahkan kulit.


4) Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 (100 ml – RM8.20)
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 tanpa alkohol dan tidak melekit mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah.


5) Serum SAFI BALQIS Perfect 10 (20 ml – RM25.90)
Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI BALQIS Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. Belailah kulit anda dengan penjagaan yang intensif.


6) Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca kulit gelap. Kini Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 mengandungi perlindungan UV ekstra, bertindak melindungi kulit dengan lebih efektif.


7) Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Waktu malam kulit kita paling reseptif untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Kini Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 membantu proses pencerahan sel-sel kulit dengan lebih intensif.


8)Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 (15 g – RM12.90)
Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV. Kini Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.


9) Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 (16 g – RM7.90)
Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan. Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil bertindak sebagai asas solekan di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.

0 comments: